Prediction Harga Emas 2026 | Pada hari 12 September 2025, harga emas sekali lagi naik ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu pada $3,650 per auns, mencatat kenaikan mingguan keempat berturut-turut, berikutan jangkaan dasar monetari AS yang semakin longgar.

📊 Data ekonomi AS menunjukkan:
- Kadar inflasi tahunan kekal stabil seperti dijangka.
- Harga pengeluar (producer prices) menurun secara tidak dijangka.
- Tuntutan pengangguran (jobless claims) meningkat ke paras tertinggi dalam empat tahun, menandakan kelemahan pasaran buruh.
🛡️ Emas juga terus mendapat sokongan sebagai aset selamat (safe-haven) kerana ketidakpastian geopolitik, antaranya selepas insiden berikut:
- Poland mengumumkan ia memintas dron Rusia yang menceroboh ruang udaranya semasa serangan besar-besaran di barat Ukraine.
- AS dilaporkan mendesak negara-negara G7 supaya mengenakan tarif lebih tinggi ke atas India dan China berhubung pembelian minyak mentah Rusia.
- Konflik di Timur Tengah semakin tegang.
Susulan kenaikan harga emas ATH ini, beberapa institusi kewangan pakar dunia telah mengemaskini prediction harga emas terkini. Jom tengok apa kata mereka:
Prediction Harga Emas 2026
#1 Reuters melaporkan emas capai rekod baharu pada $3,673.95/oz, dipacu oleh jangkaan pemotongan kadar faedah AS, kelemahan dolar, dan pembelian berterusan oleh bank pusat. Pasaran kini menjangkakan julat harga sekitar $3,600–$3,900 dalam masa terdekat, dengan potensi melonjak ke arah $4,000 tahun depan.
#2 ANZ menaikkan ramalan tahunannya kepada $3,800/oz, dan menjangkakan paras tertinggi sekitar $4,000 menjelang Jun 2026, didorong oleh permintaan serta dasar longgar Rizab Persekutuan (Fed).
#3 Goldman Sachs pula menyatakan jika pembelian pelabur meningkat, atau keyakinan terhadap Fed semakin lemah, emas berpotensi melepasi paras $5,000/oz.
#4 JM Financial turut optimis, dengan menyebut bahawa kenaikan tambahan sekitar 10% masih berkemungkinan berlaku.
Ini adalah petanda untuk kita mula bersedia sekarang, ketika harga emas masih affordable.
Dalam rancangan Gold Silver Show, Mike Maloney dan Allan Hibbard membawa penonton menyelami isu hutang negara Amerika Syarikat yang kini melebihi $37 trilion dan terus meningkat setiap saat. Mereka bersetuju bahawa:
“Harga emas akan cecah $5,000–$10,000 sebelum ramai sedar masalah hutang AS”

Anda di kaunter mana; $3,500, $5,000 atau $10,000?
Adakah sejarah lonjakan harga emas luar biasa akan berulang sekali lagi?

🔵: Harga emas tahun 1970-1980
🔴: Harga emas tahun 1999-2027
Pattern graf merah ketika ini seakan-akan sama dengan pattern graf biru.
Menuju ke tahun 2027, jika pattern ini terus sama, harga emas berpotensi melonjak hingga hampir 3 kali ganda iaitu $9,000 per auns. Scary tak?
Sumber: Telegram Gold4U, Gold Silver via Emas2U