Perang AS-Iran: Kenapa Harga Emas Tak Naik Mendadak? | Biasanya bila peperangan berlaku, dunia akan menjangkakan harga emas naik. Ini kerana mindset apabila berlaku ketegangan politik atau peperangan, ramai pelabur akan mencari aset selamat (safe haven, pelaburan selamat) seperti emas. Tapi bila AS serang Iran, harga emas tidak naik mendadak. Kenapa?

Apabila Rusia mula menyerang Ukraine pada awal tahun 2022, harga emas naik mendadak. Negara haram Israel menyerang Palestin pada Oktober 2023, harga emas sekali lagi naik mendadak.
Tapi kali ini, apabila Amerika Syarikat menyerang 3 tapak nuklear Iran, harga emas tidak naik, malah ada sedikit penurunan.
Kenapa? Ini 5 penjelasan:
#1 Pasaran global tidak ikut logik mudah “perang = harga naik“
- Pasaran kewangan dikawal oleh emosi, jangkaan dan corak teknikal, permintaan global, bukan berita peperangan semata-mata.
#2 Banyak kes pergerakan harga tiada kaitan dengan peperangan
- Kajian saintifik menunjukkan hanya ~20% pergerakan pasaran boleh dijelaskan oleh berita.
- Selebihnya? Banyak faktor lain, juga dipengaruhi oleh sentimen pelabur.
#3 Pelabur mudah terperangkap dengan “confirmation bias”
- Bila dah percaya sesuatu (contohnya “emas akan naik bila perang”), mereka cenderung untuk mengabaikan fakta yang bercanggah.
#4 Harga emas mungkin telah “price in” lebih awal sebelum perang
- Harga emas sudah naik siap-siap sebelum perang berlaku sebab semuanya telah dijangka lebih awal.
- Bila perang benar-benar terjadi, tak ada kejutan lagi – harga pun turun sebab “buy the rumour, sell the news”.
- Contohnya: Emas naik ke paras $3,474 dan mula jatuh bila sampai tahap itu, tak kira ada perang atau tidak.
#5 Analisis teknikal lebih berpengaruh daripada berita
- Ramai pelabur profesional menggunakan carta harga dan corak (seperti Elliott Wave).
- Mereka jual bila harga sampai “resistance” walaupun berita perang AS-Iran diumumkan.
- Pelabur besar mungkin ambil untung masa berita gempar. Waktu panik, pelabur kecil beli sebab takut terlepas peluang, tetapi pelabur besar jual untuk ambil untung – ini yang buat harga turun.
Kesimpulannya, harga emas tak semestinya naik bila ada perang. Ini kerana pasaran kewangan sangat kompleks – dikawal oleh jangkaan, corak teknikal, dan emosi manusia. Jadi, berita besar seperti peperangan bukan penentu mutlak pergerakan harga.