,

Jangan Buka Akaun GAP Sebelum Faham 3 ‘Point’ Ini

Emas2U.com – Ramai dah mula ada kesedaran menyimpan emas. Tapi nak simpan, mesti ada ilmu. Kalau nak buka akaun GAP Public Gold, anda mesti faham at least 3 point ini.

Program Gold Accumulation Program (GAP) Public gold ialah program simpanan emas fizikal pertama di Malaysia yang memudahkan para penyimpan emas mengumpul emas dengan modal rendah iaitu minimun RM100 atau membeli emas 1g 24K dan terkumpul emas dalam akaun GAP.

Ini 3 Point Yang Perlu Anda Faham:

Point #1 – 7 Kelebihan GAP

  1. Sesuai untuk penyimpan dengan bajet kecil tapi berterusan (cth RM100 setiap bulan).
  2. Penyimpan tak berani nak simpan sendiri.
  3. Sesuai buka untuk anak-anak seawal kelahiran (bila ada no IC).
  4. Boleh jual/beli secara online tanpa ke cawangan.
  5. Simpan emas secara percuma. Hanya 1 gram untuk akaun kekal aktif. Tiada yuran bulanan dan tiada caj tersembunyi.
  6. Boleh keluar emas fizikal fleksibel, ikut gram yang kita nak serendah 1 gram.
  7. GAP patuh syariah – dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.

Banyak lagi kelebihan GAP yang lain. Klik sini untuk lihat selebihnya

Point #2 – Bila Nak Keluar Emas, Kena Ikut 2 Syarat Ini

Syarat nak withdraw dari GAP, ada 2:

  1. Dalam GAP ada minimum 1g utk akaun kekal aktif
  2. Kena bayar caj Gold Premium (GP) seperti dalam jadual di atas

Gold Premium (GP) = Caj one time bila nak beli/withdraw emas fizikal. Caj transportation ke cawangan. Selagi kita simpan dalam GAP tak perlu bayar GP. Bila nak keluarkan emas sahaja. Rate GP ikut berat. Contoh nak keluarkan 10 gram, perlu bayar RM15 di kaunter.

Point #3 – Cara Semak Akaun GAP

Selepas pendaftaran GAP, anda akan terima email daripada Public Gold, dalam email tersebut ada login details. Untuk login klik di sini.

Ni contoh akaun GAP saya. Kita boleh login dan lihat emas terkumpul kita. Klik Menu >> MY GAP. Boleh beli/jual via sistem. Nak keluarkan, hanya perlu call cawangan terdekat.

3 perkara di atas sebenarnya asas yang perlu kita faham sebelum buka akaun GAP Public Gold.

Muhaimin, macam mana nak buka akaun GAP?

Senang, follow sahaja step ke 2 di sini.

Persoalan tentang emas? Tanya saya anytime

Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158
https://emas2u.com


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>