, , ,

Emas Turun Terendah 2022, Tapi Ini Amaran Penganalisis

Emas Turun Terendah 2022, Tapi Ini Amaran Penganalisis | Harga emas turun terendah sejak lebih 2 tahun lepas, baca puncanya dan amaran oleh penganalisis

Emas Turun Terendah 2022

Emas Turun Terendah 2022

Pasaran emas mungkin menghadapi masalah kerana harga menguji tahap sokongan kritikal selepas jatuh ke tahap terendah dalam tempoh lebih dua tahun.

Harga emas jatuh sebanyak 8.6 peratus sepanjang tahun ini, walaupun inflasi AS memuncak pada 9.1 peratus pada bulan Jun. Ini kerana Fed Reserve Amerika Syarikat (Fed) terus bertindak menaikkan kadar yang memihak kepada dolar A.S

Secara umumnya, dolar A.S naik = emas turun.

Seiring dengan kejatuhan emas, sentimen dalam kalangan penganalisis Wall Street dan pelabur telah merosot, memberi risiko harga yang lebih rendah dalam jangka masa terdekat.

Penjualan emas minggu lalu adalah kesinambungan arah aliran yang bermula pada awal Mac apabila pasaran bertindak balas terhadap tindakan dasar monetari yang agresif oleh Fed untuk meredakan inflasi.

Ramai penganalisis berkata banyak kerosakan teknikal berlaku ke atas harga emas dan ia akan menjadi sukar bagi logam berharga tersebut untuk mencari sebarang momentum kenaikan harga dalam tempoh terdekat.

Penjualan emas yang berlebihan menyebabkan aset ini sukar untuk pulih dengan cepat daripada kemerosotan sedemikian. Jadi dalam jangka masa terdekat, kita boleh menjangkakan lebih banyak kelemahan (emas).

Amaran Penganalisis

Walaubagaimana pun, ada penganalisis yang menjangkakan, emas akan bangkit semula secara agresif.

Katanya, “Kenaikan kadar Fed telah memberi tekanan ke bawah pada harga emas, tetapi emas akhirnya akan melonjak semula secara agresif”.

Beliau menyebut bahawa apabila Fed menaikkan kadar, dolar A.S. akan terus menunjukkan prestasi yang baik, yang akan menyebabkan “harga emas tergantung”. Beliau menambah bahawa apabila “jangkaan mula berubah, saya fikir ketika itulah kita akan mula melihat prestasi emas… Ia boleh menjadi satu langkah yang sangat agresif untuk menaik.”

“[Emas] dinilai rendah dari segi momentum dalam tempoh enam bulan akan datang, dari segi inflasi yang mula berkurangan, serta beberapa ketegangan yang sedang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Harga emas yang rendah merupakan peluang pelabur dan penyimpan emas menambah stok simpanan.

Mulakan simpanan emas ketika harga rendah di sini.

sumber: Kitco via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>