Belanjawan 2025 : Tema, Tarikh Pembentangan & Jangkaan Intipati Bajet Malaysia Madani
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Bajet 2025 di Dewan Rakyat pada 18 Oktober 2024 4 petang.
Ini merupakan belanjawan ketiga yang dibentangkan di bawah Kerajaan Madani dan yang merupakan belanjawan terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Bajet 2025 adalah sebuah kerangka hala tuju jangka panjang ekonomi Malaysia.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi perkembangan terkini pembentangan Belanjawan 2025, tema, senarai bantuan dan insentif utama yang akan memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tema – “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”
Tarikh Pembentangan Belanjawan Madani 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2025 di Parlimen jam 4 petang ini.
Bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’, ia adalah bajet ketiga oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan.
“Insya-Allah, pada pembentangan belanjawan 18 Oktober ini, lebih banyak pembaikan kepada struktur ekonomi akan diperkenalkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat ini dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama,” katanya.
Bajet 2025 akan dibentangkan pada 18 Oktober 2024, mulai jam 4.00 petang.
Pembentangan Bajet 2025 [LIVE]
Pautan LIVE Streaming:
- RTMKlik : https://rtmklik.rtm.gov.my/
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia
- Youtube PARLIMEN MALAYSIA
Siaran Langsung LIVE Streaming Belanjawan 2025
Jom sama-sama kita saksikan “Pembentangan Belanjawan Malaysia MADANI” secara langsung oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jam 4:00 petang hari ini di Facebook rasmi Kementerian Kewangan dan JPA serta semua saluran media utama.
Ucapan Belanjawan MADANI Ketiga 2025
Muat turun Ucapan Belanjawan MADANI Ketiga 2025