,

India Bawa Pulang 100 Tan Emas Dari Britain, Ini 2 Sebabnya

Bank pusat India telah membawa pulang 100 tan emas dari Britain, menurut satu laporan pada Jumaat.

india bawa pulang emas dari britain

The Times of India yang memetik sumber rasmi melaporkan bahawa Bank Rizab India (RBI) mungkin akan memindahkan jumlah emas yang sama dari luar negara ke peti besi domestiknya dalam beberapa bulan akan datang.

India adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia selain menjadi pengguna kedua terbesar logam berharga itu.

RBI menyimpan 822 tan emas pada akhir bulan Mac, di mana kira-kira 413 tan emas disimpan di luar negara.

Kerajaan pada bulan Mac membenarkan RBI mengimport emas tanpa membayar cukai import pada Mac lepas.

Mengapa India Bawa Pulang Emas Dari Britain?

Bank pusat di seluruh dunia termasuk India telah meningkatkan rizab emas, sering dilihat sebagai aset:

(i) pelindung nilai terhadap turun naik mata wang (contohnya gerakan BRICS dan dedolarization) dan

(ii) pelindung terhadap risiko geopolitik dan peperangan.

sumber: Bernama via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>