Pernah terfikir berapa kos sebuah kiswah kaabah yang ditukar setiap tahun pada musim haji?
Kiswah kaabah atau kain kelambu kaabah diperbuat daripada kain hitam yang disulam menggunakan mesin membentuk kalimah dan ayat-ayat Al-Qur’an.
Kalimah tersebut kemudian disulam secara manual menggunakan benang sadur emas dan perak.
Kain kiswah setinggi 14 meter ini dibuat menggunakan kain sutera berkualiti tinggi diimport dari Itali serta benang emas dan perak tulen dari Jerman.
Sebanyak 120 kilogram (kg) benang emas, 120kg benang perak dan 670kg sutera digunakan untuk menghasilkan Kiswah.
Ia ditukar setiap tahun pada 9 Zulhijjah iaitu pada hari wukuf di Arafah ketika musim haji
Berapa kos bagi sebuah kiswah ni?
Kos Kiswah Kaabah Bersulam Emas
Kos bagi sebuah Kiswah yang siap mencecah RS20 juta bersamaan hampir RM25 juta!
sumber: Tiktok Emas2U via Emas2U