Oleh: Rosmiah Abdul Kahar (PG00296475)
Priority Dealer Emas2U
Call/Whatsapp: 017-728 8826
Masa kecil dulu, Emak selalu berpesan dengan Aki.
“Kena simpan emas sikit. Time sesak ada guna tu,”
Ketika itu Aki berada di sekolah rendah. Terus-terang, Aki tidak pernah meminati emas. Apatah lagi menyimpan emas walaupun sedikit. Dalam benak fikiran Aki hanya satu – cukup masa, Aki nak pergi bermain dengan kawan-kawan.
Dalam masa yang sama, Aki tengok Nona agak kerap bertanyakan Emak tentang emas. Mungkin Nona meminati emas sebagai perhiasan badan. Sudah tentu Aki tak ambil endah tentang emas. Kerana pada Aki, emas ialah barang perhiasan wanita. Memang cantik, tapi Aki tidak pernah terpesona dengan emas. Hatta sekelumitpun tidak.
Bila Aki sudah berkeluarga, Aki dan Tok Wan ada juga membeli sedikit emas untuk kegunaan anak-anak perempuan kami. Tapi sekadar untuk kegunaan mereka dan bukannya untuk simpanan. Kerana Aki sentiasa merasakan yang emas bukan satu pelaburan yang baik dan berbaloi untuk jangkamasa panjang.
Ketika itu mentaliti kami ialah menyimpan emas bermakna kita perlu membeli emas secara fizikal dan kemudiannya menyimpan emas tersebut di rumah. Dan Aki sentiasa merasakan yang menyimpan emas di rumah bukanlah satu tindakan yang bijak. Dipendekkan cerita. Kami tidak melabur wang kami untuk membeli emas.
Cuma satu Aki perasan. Nilai emas dalam jangkamasa panjang sentiasa naik. Maknanya, harga emas 10 tahun dahulu jauh berbeza dengan harga emas pada masa sekarang. Secara amnya, emas agak kalis inflasi. Dan emas merupakan matawang sejagat yang laku di seluruh pelusuk dunia. Tidak kira di mana kita berada.
Kesedaran Aki mula timbul bila ada bank mengadakan kemudahan akaun emas. Maknanya, kita membeli emas dengan harga hari berkenaan yang menyimpan dalam akaun dalam nilai gram. Namun kami masih kurang berdisiplin. Hanya membeli sedikit emas dan kemudian menjualnya kembali kerana tidak begitu yakin dengan keupayaan emas sebagai medium simpanan.
Namun setelah bekenalan dengan beberapa individu yang membuat pelaburan emas secara tetap, barulah kami perasan yang kami sudah jauh ketinggalan bas. Kiranya kami menyimpan 1 atau 2 gram sebulan semenjak 10 tahun lepas, jumlah emas dalam simpanan sudah tentu melebihi 100 gram. Ataupun bernilai lebih RM 20000. Wow. Sudah tentu nilai pelaburan kami jauh kurang dari itu kiranya kami bermula dari dahulu.
Kini, kami baru belajar bertatih. Baru belajar kenal dengan erti sebenar simpanan emas. Dan kini acapkali kami kongsikan pengalaman “buta emas” dengan anak-anak kami. Agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang kami lakukan.
Aki dan Tok Wan mencadangkan mereka agar memulakan simpanan emas seawal mungkin. Sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun akaun emas. Jumlah dan kekerapan bergantung kepada keupayaan kewangan mereka. Asalkan menyimpan emas secara tetap, pada kami sudah memadai dan satu tindakan yang bijak.
Ada satu kelebihan menyimpan emas secara fizikal – kita boleh kita pajak atau jual emas tersebut. Dan duit tersebut kita boleh gunakan untuk pelbagai tujuan contohnya sebagai wang pendahuluan untuk membeli kereta ataupun rumah idaman.
Dan kiranya mereka memilih untuk memajak (atau Ar-Rahnu) emas fizikal yang ada dalam simpanan mereka, mereka boleh menebus kembali emas tersebut kiranya mereka ada wang di kemudian hari. Jadi, mereka tetap berupaya membeli kereta ataupun rumah idaman dan pada masa yang sama dapat menyimpan emas tersebut. Dan sudah tentu secara amnya nilai emas tersebut semakin tinggi dari semasa ke semasa.
Sekiranya suatu hari nanti anak-anak kami sudah mula berkeluarga dan mempunyai cahayamata, ada beberapa pesanan kami untuk mereka :
1. Mendapatkan perlindungan takaful untuk anak-anak
2. Mendaftar mereka untuk menunaikan haji semasa mereka bayi lagi
3. Memulakan pelaburan emas secara tetap setiap bulan melalui kemudahan akaun emas di institusi yang menyediakan kemudahan ini
Kalau hendak tahu tentang emas dan cara-cara melabur emas dengan bijak, usah tanya Aki ya.
Tadi Tok Wan ada berbisik dengan Aki, kiranya ada persoalan tentang emas boleh personal message Tok Wan bila-bila masa sahaja. Tok Wan menyediakan konsultasi pelaburan emas secara percuma dan cara-cara melabur emas semudah A B C sahaja.
Cuba tanya. Insya-Allah, Tok Wan sedia membantu.
PS : Gambar di atas ialah gambar hiasan sahaja. Tak tahu Tok Wan ambil dari mana. Seriau juga Aki nak pos gambar tu
Aki,
Penulis peribadi Tok Wan
Oleh: Rosmiah Abdul Kahar (PG00296475)
Priority Dealer Emas2U
Call/Whatsapp: 017-728 8826
Penulis Asal: Facebook Khairul Nahar Aminuddin