,

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024 | Pelarasan gaji penjawat awam SSPA telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini 6 perkara penting yang perlu anda tahu

kenaikan gaji penjawat awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam pada 16 Ogos 2024, yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara. semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

6 perkara penting yang perlu anda tahu:

Gaji naik jangan tambah hutang. Alih sebahagian simpanan anda kepada emas supaya dapat bertahan ketika gawat. Mula simpanan emas 👉🏻 klik sini.

1. Kenaikan gaji untuk pelbagai kumpulan jawatan

pelarasan gaji sspa - kenaikan gaji penjawat awam

Kumpulan Pelaksana: Gaji akan naik sebanyak 8% pada Fasa 1 (Disember 2024) dan akan naik lagi sebanyak 7% pada Fasa 2 (Januari 2026).

Kumpulan Pengurusan dan Profesional: Gaji akan naik sebanyak 4% pada Fasa 1 (Disember 2024) dan akan naik lagi sebanyak 3% pada Fasa 2 (Januari 2026).

Kumpulan Pengurusan Tertinggi: Gaji akan naik sebanyak 4% pada Fasa 1 (Disember 2024) dan akan naik lagi sebanyak 3% pada Fasa 2 (Januari 2026).

2. Dengan pelarasan gaji dan pergerakan tahunan, pendapatan penjawat awam dijangka meningkat dalam julat antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus.

Ini setelah mengambil kira Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) 2025 & Pelarasan Gaji Fasa 2.

kenaikan gaji penjawat awam

3. Simulasi pendapatan bulanan untuk beberapa jawatan dalam perkhidmatan awam

simulasi jumlah pendapatan bulanan

Jawatan Pembantu Hidupan Liar (Gred G11): Gaji akan naik dari RM1,795.00 kepada RM2,115.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,327.00 pada Januari 2026.

Jawatan Jururawat (Gred U29): Gaji akan naik dari RM2,457.00 kepada RM2,697.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,994.74 pada Januari 2026.

Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41(T5): Gaji akan naik dari RM3,838.00 kepada RM4,085.04 pada Disember 2024, dan kepada RM4,559.24 pada Januari 2026.

4. Simulasi pendapatan bulanan untuk pasukan keselamatan dalam perkhidmatan awam

simulasi jumlah pendapatan awam - pasukan keselamatan

Jawatan Prebet (Askar) Gred ZA1: Gaji akan naik dari RM2,379.00 kepada RM2,619.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,857.63 pada Januari 2026.

Jawatan Konstabel Polis Gred YA1: Gaji akan naik dari RM2,256.00 kepada RM2,496.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,726.02 pada Januari 2026.

5. Jumlah pendapatan merangkumi gaji pokok dan elaun, tetapi tidak termasuk elaun khusus.

6. Penjawat awam boleh lakukan pengiraan anggaran gaji baharu

Kalkulator gaji SSPA – Pengiraan anggaran gaji pegawai perkhidmatan awam selepas pelarasan gaji SSPA boleh dilakukan di SSPA JPA

kalkulator gaji sspa

Video penuh pengumuman kenaikan gaji penjawat awam:

Sumber: Astro Awani via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>