, ,

Harga Emas November 2024

Harga emas bulan November 2024 naik secara purata walaupun menerima tekanan selepas keputusan pilihanraya AS. Apa punca sebenar? Baca analisis penuh.

harga emas november 2024

Harga emas GAP pada bulan November 2024 menyaksikan beberapa siri turun naik, walaupun secara purata naik sebanyak RM9.11 per gram berbanding Oktober bersamaan lebih 2.2%

Nota: Harga emas dunia naik ke paras tertinggi dalam sejarah dalam bulan Oktober mencecah $2,790.07 per auns (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (11/2024)

Tertinggi: RM426
Terendah: RM380
Purata: RM402.35

30-Nov: RM413⬆️
29-Nov: RM410➖
28-Nov: RM410⬇️
27-Nov: RM411⬆️
26-Nov: RM409⬇️
25-Nov: RM415⬇️
24-Nov: RM424⬆️
23-Nov: RM422⬆️
22-Nov: RM416⬆️
21-Nov: RM413⬆️
20-Nov: RM410⬆️
19-Nov: RM408⬆️
18-Nov: RM400➖
17-Nov: RM400⬇️
16-Nov: RM401⬇️
15-Nov: RM402⬇️
14-Nov: RM404⬆️
13-Nov: RM403➖
12-Nov: RM403⬇️
11-Nov: RM411➖
10-Nov: RM411⬇️
09-Nov: RM413⬇️
08-Nov: RM414⬆️
07-Nov: RM411⬇️
06-Nov: RM417⬇️
05-Nov: RM418➖
04-Nov: RM418➖
03-Nov: RM418⬇️
02-Nov: RM420⬆️
01-Nov: RM419⬇️

Analisis Harga Emas

graf emas november 2024
Kuning: Oktober 2024, Biru: November 2024

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. Mahkamah Rusia Denda Google $20,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000
  2. Kenapa Harga Emas Jatuh?
  3. Pelaburan Emas Popular di Jerman. Ini Sebabnya

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang November 2024:

4 Nov: Jaga-jaga dengan isu minggu ini:

1. Permintaan sebagai aset selamat di tengah-tengah ketidaktentuan pilihan raya presiden AS, ketegangan Timur Tengah yang berterusan, mungkin menaikkan lagi harga emas.

2. Pelabur bersedia hadapi keputusan pilihan raya AS pada hari Selasa serta keputusan kadar Fed.

7 Nov: Kedua-dua harga emas dan perak menjunam berikutan keputusan pilihan raya AS.

Emas: Turun -2.7% 🔻
Perak: Turun -4.8% 🔻

Penurunan ini adalah peluang bagi pelabur yang ingin membina portfolio aset emas dan perak.

9 Nov: Pasaran emas mengalami kemerosotan mingguan paling teruk sejak Mei, menyaksikan penurunan dramatik daripada rekod tertinggi baru-baru ini. Emas telah mencapai rekod tertinggi sejarah $2,801.80 minggu lepas sebelum menjunam.

12 Nov: Emas terus menjunam disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Lonjakan dalam indeks dolar A.S. ke paras tertinggi 4.5 bulan,
2. Harga minyak mentah yang lebih rendah, dan
3. Hasil Perbendaharaan A.S. yang meningkat

14 Nov: Emas terus menunjukkan penurunan, kini hampiri paras $2,600

18 Nov: Aduh! Emas ‘struggle’ di bawah paras $2,600 semasa konsolidasi USD. Ketika ini $2,588 per auns. Berapa rendah emas akan pergi sebelum melonjak semula?

Untuk rekod, harga emas tertinggi dalam sejarah: $2,790 per auns

19 Nov: Emas dan perak buat ‘comeback’, kini menunjukkan momentum menaik selepas pengunduran minggu lepas. Sejak malam tadi:

Emas: ⬆️ 1.8%
Perak: ⬆️ 3.1%

20 Nov: Harga emas terus kukuh susulan ketegangan geopolitik Rusia-Ukraine yang semakin panas, meningkatkan permintaan aset selamat emas.

23 Nov: Pasaran emas akhiri 3 minggu penurunan dengan kenaikan 5% lepasi paras $2,700 susulan permintaan yang semakin meningkat.

28 Nov: [Prediction Emas] Emas akan mendapat manfaat daripada ketidaktentuan geopolitik yang disebabkan oleh Trump – BCA

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2024 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Disember 2024?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>