, , ,

Harga Emas Mac 2026 Turun Mendadak, Terburuk Dalam 43 Tahun

Harga emas Mac 2026 menyaksikan penurunan mendadak, terburuk dalam 43 tahun. Secara purata emas turun sekitar RM13.13. Penurunan ini dikaitkan dengan penjualan besar-besaran bagi menampung impak konflik Timur Tengah. Baca analisis penuh.

harga emas mac 2026

Harga emas GAP pada bulan Mac 2026 secara purata mencatatkan penurunan, dengan purata harga pada RM673.23 per gram, turun sebanyak RM13.13 per gram berbanding Februari, bersamaan sekitar 2%!

Punca penurunan? (i) Inflasi dan kadar faedah, (ii) Kekangan kecairan, (iii) Pengukuhan Dolar AS dan (iv) Pengambilan untung. Penjelasan lanjut keempat-empat faktor ini ada di sini.

Namun, penganalisis memberi amaran bahawan penurunan ini hanyalah sementara. Ada 4 fasa sebelum harga emas naik semula, di mana kita kini berada di Fasa 1 atau 2. Boleh baca 4 fasa di sini.

Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 1 Mac 2026, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $5,608.35 per auns dipecahkan dalam bulan bulan Januari 2026 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (03/2026)

Tertinggi: RM743
Terendah: RM601
Purata: RM673.23

31-Mac: RM638⬆️
30-Mac: RM630➖
29-Mac: RM630⬇️
28-Mac: RM636⬆️
27-Mac: RM612⬇️
26-Mac: RM632⬆️
25-Mac: RM613⬆️
24-Mac: RM601⬇️
23-Mac: RM619➖
22-Mac: RM619⬇️
21-Mac: RM627⬇️
20-Mac: RM629⬇️
19-Mac: RM669⬇️
18-Mac: RM684⬇️
17-Mac: RM686⬇️
16-Mac: RM692➖
15-Mac: RM692⬇️
14-Mac: RM696⬇️
13-Mac: RM705⬇️
12-Mac: RM709⬇️
11-Mac: RM719⬆️
10-Mac: RM706⬇️
09-Mac: RM714➖
08-Mac: RM714⬆️
07-Mac: RM710⬆️
06-Mac: RM697
05-Mac: RM706➖
04-Mac: RM706⬇️
03-Mac: RM718⬇️
02-Mac: RM743⬆️🔝
01-Mac: RM718➖

Analisis Harga Emas

graf harga emas gap mac 2026

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. Kenapa Harga Emas Turun Walaupun Konflik Di Timur Tengah?
  2. 5 Kesan Besar Perang AS-Iran Terhadap Harga Emas
  3. Emas Mengalami Penurunan Terburuk Dalam 43 Tahun
  4. Emas Turun Hanya Sementara, Fahami 4 Fasa Ini – Penganalisis

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Mac 2026:

1 Mac: Supreme Court telah membatalkan tarif Trump minggu lalu. Pasaran merosot. Emas juga sedikit merosot

Kemudian — plot twist — Trump mengumumkan tarif penggantian 15%… dan emas kembali melebihi $5,200 pada hari Rabu.

Undang-undang berkaitan tarif tidak banyak menjejaskan harga emas. Faktor yang penting ialah ketidakpastian di sekelilingnya. Selagi dasar perdagangan boleh mengubah arah pada hujung minggu, pelabur akan terus melakukan lindung nilai.

Kesimpulannya: Tarif atau tiada tarif, emas tetap kukuh

4 Mac: Emas turun sekitar 5%, perak pula turun sekitar 8.9%

Bagi pelabur, ini adalah diskaun besar. Bagi anda, ini masa sesuai untuk mula simpanan.

10 Mac: Harga emas naik, menguji rintangan pada paras $5,200 apabila jualan rumah sedia ada A.S. meningkat 1.7% pada bulan Februari

13 Mac: Harga emas dan perak menurun, terjejas oleh (i) kenaikan indeks dolar AS dan (ii) kebimbangan bahawa inflasi global akan meningkat, yang seterusnya boleh melemahkan ekonomi global dan mengurangkan permintaan untuk logam tersebut. (iii) Peningkatan hasil Perbendaharaan AS juga menyebabkan pasaran emas dan perak ditekan.

19 Mac: Laporan inflasi A.S. terkini menekan harga emas, perak

Harga emas dan perak turun mendadak semalam, dengan emas mencecah paras terendah dalam tempoh enam minggu dan perak paras terendah dalam tempoh empat minggu. Penurunan besar itu berlaku susulan laporan inflasi A.S. yang mengejutkan. Kebimbangan tentang peningkatan inflasi akibat perang Timur Tengah semakin buruk.

Harga emas $4,836 per auns, harga perak $75.96 per auns ketika ini.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2026 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan April 2026?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>