, ,

Emas Disebut Dalam Al-Qur’an Beberapa Kali. Ini Buktinya (Infografik)

Emas Disebut Dalam Al-Qur’an Beberapa Kali. Ini Buktinya (Infografik) | Emas2U.com – #EMAS merupakan barang yang sangat bernilai sehingga disebut dalam Al-Qur’an beberapa kali. Kami kongsikan 8 ayat yang disebut dalam Al-Qur’an berkaitan emas. Jika anda mencari sumber kewangan atau pelaburan terbaik pada masa hadapan, EMAS ADALAH JAWAPANNYA. Nak mula, mesti ada ilmu.

Cara Mudah Simpan Emas Patuh Syariah? Whatsapp “Emas” ke 012-230 2158 (Muhaimin)

Emas2U.com
#emas2u

Emas2U.com kongsi 8 ayat yang disebut dalam Al-Qur’an berkaitan emas. Semoga bermanfaat!

Apabila al-Quran sendiri ada menyebut tentang emas, maka sudah tentu emas menyimpan suatu maksud yang tersirat tentang nilainya.

#1 – Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”
(Surah Ali-Imran : 14)

#2 – Emas Adalah Barang Tukaran Paling Bernilai
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”
(Surah Ali-Imran : 91)

#3 – Emas Sebagai Simpanan Sebenar
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, banyak di antara pendeta dan ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan, (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah at-Taubah : 34)

#4 – Emas Sebagai Perhiasan Dalam Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaiknya.”
(Surah al-Kahfi: 31)

#5 – Perhiasan Bagi Orang Mukmin
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”
(Surah al-Hijr: 23)

#6 – Balasan Bagi Mereka Yang Beroleh Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“(Balasan mereka ialah) syurga-syurga Adn, yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.”
(Surah Fatir: 23)

#7 – Emas Lambang Dan Bukti Kekayaan Sebenar
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Jika benar ia seorang Rasul), maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”
(Surah az-Zukhruf: 71)

#8 – Barangan Berharga Buat Penghuni Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ‘Kamu adalah tetap kekal di dalamnya’.”

Cara Mudah Simpan Emas Patuh Syariah? Whatsapp “Emas” ke 012-230 2158 (Muhaimin)

sumber:


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>