,

Pelaburan Emas Popular di Jerman. Ini Sebabnya

Pelaburan Emas Popular di Jerman | Penganalisis WGC: kemerosotan pembelian emas di Eropah baru-baru ini boleh dikaitkan dengan satu fakta: Ramai orang sudah memilikinya.

Pelaburan Emas Popular Jerman

Pada tahun 2022, Jerman merupakan pasaran kedua terbesar untuk pelaburan emas runcit. Permintaan jongkong dan syiling emas di Jerman dicatatkan sebanyak 185 tan. Namun jumlah itu merosot kepada 47 tan pada 2023 dan hanya 5 tan pada separuh pertama tahun ini.

Ini bukan bermakna Jerman tidak lagi berminat dengan emas, menurut laporan terbaru oleh Penganalisis World Gold Council (WGC), Louise Street.

Bagi mengenalpasti punca kemerosotan permintaan emas di Jerman, WGC melantik Toluna untuk menjalankan tinjauan dalam talian selama 10 minit terhadap lebih 3,000 pelabur untuk mendapatkan jawapan.

Pelaburan Emas Popular di Jerman

Berdasarkan keputusan tinjauan, lebih 1/3 rakyat Jerman telah melabur dalam emas sebelum ini. 28% daripada mereka masih aktif melabur emas, menjadikannya pelaburan emas ketiga paling popular di Jerman selepas akaun simpanan (61%) dan ekuiti (46%).

Pelaburan Emas Ketiga Popular di Jerman

Selain itu, 3 sebab utama pelabur Jerman membeli emas:
1. Emas mudah untuk dibeli dalam jumlah yang kecil,
2. Emas melindungi daripada inflasi dan
3. Emas mudah untuk dibeli dan dijual.

Rupa-rupanya orang Jerman sangat berminat dengan sebab ketiga di atas. Harga yang lebih tinggi adalah salah satu sebab utama pelabur emas mengurangkan pembelian dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Faktor penjualan emas


Street menjangkakan banyak pembeli emas akan meningkat semula ke pasaran dalam masa yang singkat. Ini kerana hasil tinjauan menunjukkan:
1. 22% daripada orang Jerman berkemungkinan besar untuk membeli emas semula,
2. 20% mengatakan sangat berkemungkinan, dan
3. 13% mengatakan mereka pasti akan membeli lebih banyak lagi.

Pelaburan emas Jerman

“Malah mereka yang telah menjual emas sangat berminat untuk membeli semula; di mana tiada seorang pun daripada 147 responden yang telah menjual emas sejak 2023 menolak untuk melabur emas semula pada masa depan,” kata Street.

“Penyelidikan itu memberi kami gambaran yang mendalam tentang minda pelabur Jerman dan perasaan mereka tentang emas.”

Sumber: J Post via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>